Beberapa kawasan di Ipoh dikejutkan dengan hujan air batu

Abd Razak Mohd Ali
Mei 20, 2020 20:05 MYT
Orang ramai yang menyaksikan fenomena berkenaan memuat naik pengalaman mereka ke media sosial.
Beberapa kawasan di bandar raya Ipoh dilanda hujan air batu yang turun bersama hujan lebat dan ribut.
Hujan air batu yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang di sekitar Manjoi dan Jelapang itu mengejutkan banyak pihak kerana ia jarang berlaku.
Beberapa penduduk, termasuk di Taman Idris berkata, mereka terkejut kerana bunyi kuat dari atap rumah, malah ada yang berlari keluar rumah kerana menyangka ada pokok tumbang.
Berdasarkan rakaman visual yang diperolehi daripada media sosial, seorang penduduk dipercayai di Manjoi melaungkan azan ketika berlaku hujan air batu itu.

Ipoh dilanda hujan batu chor pic.twitter.com/mAFUOYyY9R

— S M (@SyedAzraei) May 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kejadian itu hanya berlaku kira-kira 15 minit dan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan lain.
Fenomena alam yang jarang berlaku itu turut menarik perhatian orang ramai apabila ada yang mengutip ketulan ais berkenaan dan berkongsi gambar di media sosial.
Lazimnya, fenomena hujan air batu berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan, seterusnya ais yang terbentuk itu gagal cair sebelum ia mencecah bumi.

Hujan batu kome di Ipoh. Harap semua berhati-hati di luar. Yang tengah buat delivery makanan, boleh berhenti terlebih dahulu. Kami memahami sebaiknya. pic.twitter.com/Q0BouFZXJA

— Moh! (@MohKeIpoh) May 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#air batu #fenomena alam #hujan air batu #hujan lebat #Ipoh
;