Beberapa jalan utama di Johor Bahru ditutup

Isabelle Leong
Ogos 14, 2017 11:07 MYT
Wan Ahmad dalam satu kenyataan pada Ahad berkata tiga jalan utama iaitu Jalan Ayer Molek, Jalan Yahya Awal dan Jalan Dato Onn akan ditutup buat sementara waktu. - Gambar Google Map
Beberapa jalan di bandar itu akan ditutup semasa Isitiadat Pernikahan Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Bukit Serene dan Istana Besar, Johor Bahru, hari ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam satu kenyataan pada Ahad berkata tiga jalan utama iaitu Jalan Ayer Molek, Jalan Yahya Awal dan Jalan Dato Onn akan ditutup buat sementara waktu.
Wan Ahmad berkata jalan-jalan tersebut akan ditutup pada 6 petang dan akan dibuka semula sebaik majlis itu berakhir.
“Penutupan itu juga melibatkan beberapa jalan lain yang menuju ke Istana Besar, akan dikendalikan oleh polis trafik bagi memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas semasa majlis tersebut dijalankan.
Ikuti lapor langsung Istiadat Perkahwinan Tunku Tun Aminah dan Daniel Muhammad Abdullah
“Sebanyak 129 anggota polis akan bertugas bagi memastikan majlis perkahwinan puteri Johor berjalan lancar,” kata beliau.
#Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd #Istana Besar #Jalan Ayer Molek #Jalan Dato Onn #Jalan Yahya Awal #ketua polis johor #majlis persandingan #Puteri Johor #Tunku Tun Aminah Maimunah Sultan Ibrahim
;