KUALA LUMPUR : Pihak majikan atau syarikat tidak seharusnya mengganggu pekerja mereka selepas tempoh waktu bekerja khususnya ketika fasa bekerja dari rumah (BDR).
Aktivis pekerja, Datuk Abdul Halim Mansor berkata, pihak tersebut perlu menghormati waktu rehat dan masa bersama keluarga pekerja mereka di rumah.
“Komunikasi pekerjaan tetap hanya dalam tempoh lapan jam mengikut Akta Kerja 1955 dan sekiranya ia lebih pada waktu tersebut pihak majikan perlu bayar elaun tambahan.
“Pekerja dari rumah ada tanggungjawab lain seperti jaga anak, pengurusan rumah dan ini melibatkan soal pengurusan masa melibatkan pekerja itu sendiri.
“Perkara ini perlu diambil perhatian pihak pengurusan di mana tidak bermaksud segala kelengkapan yang ada di rumah, (bermakna) mereka boleh ambil kesempatan untuk kerah pekerja,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Khamis.
Tambahnya, sekiranya penugasan itu memerlukan seseorang pekerja itu untuk kembali bertugas maka pihak majikan perlu menghubungi pekerja tersebut termasuk pembayaran kadar kerja lebih masa berikutan ia merupakan kepentingan kepada syarikat.
Dalam pada itu, Abdul Halim turut menjelaskan, budaya bekerja dari rumah perlu dijadikan sebagai amalan norma baharu dalam situasi negara berdepan pandemik.
Ini juga menuntut pihak pekerja itu sendiri untuk mengamalkan disiplin yang tinggi terutamanya melibatkan waktu bekerja.
“Jika waktu bekerja bermula pagi maka kita perlu mula bertugas mengikut waktu seperti mana ketika berada di pejabat termasuk komunikasi yang baik melibatkan dua pihak,” katanya lagi.
Beliau juga berpandangan konsep bekerja dari rumah secara tidak langsung dapat menjimatkan kadar perbelanjaan terhadap majikan dan juga pekerja.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan sebanyak 80 peratus sektor kerajaan dan 20 peratus bagi sektor swasta akan meneruskan proses BDR sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0) dilaksanakan.
Hilmi Malik
Thu Jun 03 2021
![BDR: Jangan ganggu pekerja luar waktu pejabat, hormati masa rehat BDR: Jangan ganggu pekerja luar waktu pejabat, hormati masa rehat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621875408_WFH.jpg)
Komunikasi pekerjaan tetap hanya dalam tempoh lapan jam mengikut Akta Kerja 1955 dan sekiranya ia lebih pada waktu tersebut pihak majikan perlu bayar elaun tambahan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725948183_tbDrDzulkeflyILKK.jpg)
Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.
![COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702891812_Dzulkefly.jpg)
COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.
![Socar bersedia untuk pertumbuhan akan datang pada 2023, disokong oleh permintaan tinggi tahun lepas Socar bersedia untuk pertumbuhan akan datang pada 2023, disokong oleh permintaan tinggi tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674723429_SOCAR.jpg)
Socar bersedia untuk pertumbuhan akan datang pada 2023, disokong oleh permintaan tinggi tahun lepas
Socar, aplikasi sewa kereta terkemuka di Malaysia, yakin dengan prospek pertumbuhannya tahun ini disokong oleh jumlah penyewaan yang tinggi yang dicapai sepanjang 2022.
![Empat kali diserang strok, Azman Warren bangkit jadikan nyanyian sebagai terapi jiwa Empat kali diserang strok, Azman Warren bangkit jadikan nyanyian sebagai terapi jiwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664074249_AzmanWarren.jpg)
Empat kali diserang strok, Azman Warren bangkit jadikan nyanyian sebagai terapi jiwa
Penyanyi yang terkenal menerusi album Karma ini menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT untuk meneruskan hidup tidak akan disia-siakannya.
![Jaga penampilan, lelaki usah nampak selekeh Jaga penampilan, lelaki usah nampak selekeh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663472908_Zeve.jpg)
Jaga penampilan, lelaki usah nampak selekeh
Harus diakui golongan lelaki di Malaysia semakin menerima, memahami dan bersikap lebih terbuka terhadap fesyen.
![Hari Tanpa Kenderaan julung kali dianjur di Taiping Hari Tanpa Kenderaan julung kali dianjur di Taiping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663460856_TBtaiping.jpg)
Hari Tanpa Kenderaan julung kali dianjur di Taiping
Program dianjur dengan hasrat mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemarkan alam sekitar.
![SPM 2021 dalam norma baharu di seluruh negara berjalan lancar SPM 2021 dalam norma baharu di seluruh negara berjalan lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646184354_JohorMemilihRadzi.jpg)
SPM 2021 dalam norma baharu di seluruh negara berjalan lancar
Turut dibenarkan menduduki SPM 2021 pada sidang kedua nanti adalah calon-calon yang disahkan positif COVID-19.
![COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644327038_MalinaOsman.jpg)
COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko
Kerajaan disyorkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara bagi mengekang ledakan jangkitan COVID-19.
![PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642433439_PKPD.jpg)
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
![Malaysia pertimbang buka sektor pelancongan antarabangsa - PM Malaysia pertimbang buka sektor pelancongan antarabangsa - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631782878_LapanganAntarabangs.jpg)
Malaysia pertimbang buka sektor pelancongan antarabangsa - PM
Jelas Ismail Sabri, sesetengah negara lain juga didapati telahpun mengurangkan SOP yang dikenakan sebelum ini bagi membolehkan pelancong memasuki negara mereka.