Bayi tiga bulan maut dalam jagaan bapa positif dadah
Astro Awani
Julai 21, 2020 12:04 MYT
Julai 21, 2020 12:04 MYT
Seorang bayi tiga bulan meninggal dunia semasa dalam jagaan bapanya yang positif dadah.
Kejadian yang berlaku di Gelang Patah kira-kira jam 5.15 petang itu disedari ibu dan nenek mangsa apabila pulang dari berniaga di gerai makan.
Mereka kemudian mendapati bayi itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, nenek dan ibu bayi malang berkenaan membawanya ke Klinik Kesihatan Gelang Patah bagi mendapatkan rawatan.
Hasil siasatan mendapati, selain mangsa, dua lagi adik-beradiknya masing-masing berusia enam dan empat tahun juga tinggal dijaga lelaki berusia 31 tahun itu.
Bagaimanapun, siasatan pada badan bayi tersebut tidak menunjukkan sebarang kecederaan.
Sementara itu, bapa bayi malang itu telah ditahan dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.