Bayi perempuan tiga bulan maut dikelar ibu sendiri

Muhafandi Muhamad
Februari 4, 2017 18:57 MYT
Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan ditemui mati dipercayai dikelar oleh ibu kandungnya sendiri. - Gambar Astro AWANI
Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan ditemui mati dipercayai dikelar oleh ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di sebuah kuaters perumahan Kem Desa Pahlawan disini kira-kira pukul 2.45 petang tadi.
Bayi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di leher sebelah kiri.
Bayi berkenaan dikenali sebagai Nur Areesa Sofea Jiry, 3 bulan.
Bayi berkenaan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, salah seorang anggota tentera yang bertugas di kem berkenaan.
Semasa kejadian, bapa kepada bayi berkenaan keluar ke kedai dan isterinya tinggal bersama dua lagi anaknya berusia 11 dan 6 tahun.
Isterinya dikatakan meracau sebelum bertindak mengelar leher anak bongsu yang menyebabkan dua lagi anaknya berlari keluar.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail menjelaskan, bayi itu ditemui terbaring di atas tilam di ruang ramu rumah berkenaan.
"Siasatan awal mendapati mangsa dikelar dengan menggunakan pisau pemotong sayur di bahagian leher.
"Susulan itu, kita telah menahan ibu mangsa yang berusia 32 tahun untuk membantu siasatan," katanya.
Mayat bayi berkenaan kini ditempatkan di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk bedah siasat.
Suspek dipercayai mengalami gangguan emosi.
#bayi #Datuk Dr. Ab Rahman Ismail #Kem Desa Pahlawan
;