Bayi mati: Nur Najihah diperintah jalani pemeriksaan mental
Bernama
Oktober 16, 2019 19:29 MYT
Oktober 16, 2019 19:29 MYT
Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang wanita yang didakwa menyebabkan kematian bayinya berusia tiga bulan menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Permai, Johor.
Hakim Azman Mustapha membuat keputusan tersebut terhadap Nur Najihah Zulkiflee, 27, mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah bagi memantau kesihatan mental tertuduh.
Nur Najihah, sebelum ini mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian anak perempuan kandungnya Medina Sandra Mohd Saddly di sebuah rumah di Felda Neram 2, di sini pada pukul 11.30 pagi, 11 Sept lalu.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan (Akta 357) yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Azman menetapkan 14 Nov untuk sebutan kes.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Minhad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
#bayi
#bayi mati
#Hospital
#jenayah
#Kemaman
#kesihatan
#kesihatan mental
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#mati
#wanita