Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak depan surau
Abd Razak Mohd Ali
Februari 2, 2019 23:23 MYT
Februari 2, 2019 23:23 MYT
Seorang anggota polis yang sedang membuat rondaan menemui bayi yang masih bertali pusat di hadapan surau Kampung Pinang Seberang, Kamunting, dekat sini, petang Sabtu.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, bayi itu ditemui masih hidup di dalam kotak di hadapan Surau Nur Iman kita-kira pukul 4.20 petang.
“Kaunter aduan Balai Polis Kamunting terima panggilan daripada anggota yang sedang membuat rondaan, Lans Koperal Nurul Kamal yang beliau menemui bayi lelaki ditinggalkan di surau kampung berkenaan.
“Bayi berkenaan ditinggalkan di dalam kotak dalam keadaan masih bertali pusat,” kata kenyataan itu.
Bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu kemudiannya dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat untuk membuang bayi berkenaan.
#bayi
#bertali pusat
#buang bayi
#Hospital Taiping
#Kampung Pinang Seberang
#kamunting
#Lans Koperal Nurul Kamal
#polis
#Seksyen 317 Kanun Keseksaan