Bayi berusia setahun maut dilanggar kereta bapa berundur

Bernama
Julai 30, 2015 21:58 MYT
Bayi itu maut semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini. - Gambar Hiasan
Seorang bayi lelaki berusia setahun maut setelah secara tidak sengaja dilanggar kereta yang sedang diundurkan bapanya di Kompleks Perumahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pagi tadi.
Menurut Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman, mangsa Azeem Iskandar Ridzdwan maut semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.
Katanya kejadian berlaku pada pukul 8 pagi ketika bapa mangsa yang berumur 43 tahun yang juga anggota TLDM sedang mengundurkan kenderaan MPV untuk ke tempat kerja.
#bayi #kemalangan #Kuantan #langgar #polis
;