Bayi berusia 4 bulan terperangkap dalam kereta
Bernama
Februari 6, 2020 17:52 MYT
Februari 6, 2020 17:52 MYT
Seorang ibu melalui detik cemas selama 15 minit apabila bayi lelakinya berusia empat bulan terperangkap di dalam kereta yang terkunci ketika beliau keluar membeli barang di sebuah kedai runcit berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Skudai, di sini, hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Pegawai Bomba Kanan II, Inggai Bakau, berkata, seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.11 pagi.
Katanya, bayi berkenaan diselamatkan oleh anggota bomba yang mengambil masa lima minit untuk membuka pintu kenderaan itu dengan menggunakan peralatan khas.
Menurutnya dalam kenyataan, bayi berkenaan, yang duduk di kerusi keselamatan kanak-kanak di bahagian penumpang hadapan, ditinggalkan sebentar dalam kereta Perodua Myvi dalam keadaan enjin tidak dimatikan.
"Kereta itu terkunci secara automatik dan ketika perangkap, bayi berkenaan tidak menangis," katanya.