Bayi berulat ditemui berhampiran pusat pembuangan sampah

Ridzal Abdullah
Julai 14, 2018 20:59 MYT
Bayi malang itu ditemui dalam keadaan hitam dan berulat di kawasan pusat pembuangan sampah.
Mayat seorang bayi berulat ditemui orang awam di Kampung Karamunting, Jalan Batu Sapi, di sini semalam.
Bayi malang itu yang cukup sifat dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam selain dilihat kehitaman ditemui kira-kira pukul 8 malam itu.
Mayat bayi itu ditemui orang awam di satu kawasan berhampiran pembuangan sampah dan garaj di kampung tersebut.
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan kemudiannya menjalankan siasatan di lokasi kejadian sebelum menghatar mayat bayu itu ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan kira-kira jam 11 malam tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin dalam satu kenyataan petang ini berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 9.35 malam dan bayi lelaki berkenaan seberat 1.1 kilogram.
"Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.
#bayi #bayi malang #berulat #dibuang #Jalan Batu Sapi #Kampung Karamunting #ketua polis daerah sandakan #Mohd Azhar Hamin #Sandakan
;