Bayi baru lahir maut dicampak dari tingkat atas kondominium

Afiezy Azaman
Mac 9, 2024 19:13 MYT
Bayi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar/ PDRM
KUALA LUMPUR: Bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dipercayai dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling, pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, pihaknya menerima laporan orang awam pada jam 2.30 petang.
"Bayi itu dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi dan mengakibatkan bahagian kepala bagi malang itu pecah.
"Difahamkan bayi itu baru dilahirkan memandangkan masih mempunyai tali pusat.
"Bayi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Katanya, pasukan polis masih berada di lokasi kejadian dan sedang menyiasat lanjut kes itu.
#campak bayi #kondominium #sri petaling #bayi maut
;