Bayi baru lahir ditinggal dalam kotak di tepi jalan

Bernama
Januari 14, 2017 14:06 MYT
Bayi itu dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam sebuah kotak. - Gambar hiasan
Seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemukan di dalam sebuah kotak di tepi jalan masuk ke sebuah pasar raya di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew berkata polis menerima panggilan mengenai perkara itu pada pukul 7.10 pagi.
"Bayi itu dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam sebuah kotak. Di dalam kotak itu turut terdapat cadar, tuala, seluar bayi dan dua anak patung," katanya.
Beliau berkata bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di sini. -- Bernama
#bayi #dalam kotak #Kangar #Supt Wari Kiew
;