Bayi baru lahir ditemukan di surau

Bernama
Ogos 29, 2024 17:25 MYT
Polis menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung penemuan bayi terbabit kira-kira 8.14 malam. - Gambar/ Sinar Harian
NILAI: Seorang bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam keadaan berselimut oleh orang awam di sebuah surau dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung penemuan bayi terbabit kira-kira 8.14 malam.
"Siasatan awal mendapati seorang individu tidak dikenal pasti telah meletakkan bayi lelaki itu di atas sofa surau berkenaan pada waktu maghrib dan beredar dari surau dengan menaiki kenderaan.
"Bayi dianggarkan baru lahir dalam tiga hari itu dalam keadaan baik, tiada kesan kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
#jumpa bayi #surau #buang bayi #Negeri Sembilan
;