Bayi 6 bulan meninggal tersedak susu

Bernama
Julai 22, 2013 07:32 MYT
Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas tersedak susu ketika diasuh seorang wanita di Taman Impian Murni, Alma di sini hari ini.
Cyndy Koay Xin Lin ditemui mati oleh pengasuhnya pada kira-kira 11.20 pagi sebelum wanita itu menghubungi keluarga mangsa.
Bayi itu dikejar ke Hospital Bukit Mertajam sebelum disahkan meninggalkan dunia dan bedah siasat akan dijalankan malam ini oleh Unit Forensik hospital berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.
"Kita tunggu keputusan bedah siasat yang akan dijalankan malam ini dan siasatan akan dibuat berdasarkan keputusan berkenaan," katanya.
Sementara itu, usaha menemu bual ibu bapa bayi berkenaan gagal.
Difahamkan, bayi perempuan yang meninggal dunia itu mempunyai seorang kembar.
#Cyndy Koay Xin Lin #mazlan kesah
;