Bayi 28 hari maut, dipercayai didera ibu bapa
Rohana Wahed
Februari 27, 2019 19:49 MYT
Februari 27, 2019 19:49 MYT
Sepasang suami isteri direman bagi membantu siasatan kematian bayi perempuan mereka yang berusia 28 hari.
Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisoner Denis Leong Soon Kuai berkata, pasangan terbabit ditahan selepas pihak hospital mengesahkan terdapat kecederaan mencurigakan pada kepala bayi terbabit.
“Sekitar jam 3.15 petang Isnin lalu, suspek yang juga bapa bayi berkenaan membawa manga ke Klinik 1Malaysia Samarindah di Kota Samarahan untuk pemeriksaan dan rawatan, namun dia disahkan meninggal dunia.
“Pada Selasa, pemeriksaan lanjut dijalankan ke atas bayi berkenaan mendapati terdapat kecederaan di kepalanya.
Suspek, 29 tahun dan isterinya, 41 tahun seterusnya ditahan untuk membantu siasatan,” katanya pada Rabu.
Suspek lelaki ditahan reman selama tujuh hari manakala ibu bayi berkenaan direman sehari pada Selasa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan diklasifikasi sebagai kes bunuh.
tamat