Bayi 20 hari meninggal dunia dipercayai tersedak susu

Bernama
Oktober 18, 2020 12:56 MYT
Bayi itu yang dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah pada 27 September lepas, masih belum didaftarkan nama. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang bayi perempuan baru berusia 20 hari meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Tanjung Kupang, Iskandar Puteri, dekat sini pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata kejadian itu disedari bapa angkat bayi itu yang berusia 35 tahun, apabila mendapati anaknya tidak sedarkan diri, kira-kira pukul 10 pagi.
"Susulan kejadian, pengadu (bapa angkat bayi) yang merupakan seorang mekanik telah menghubungi Klinik Tanjung Kupang dan pihak klinik telah datang dan mengesahkan kematian bayi tersebut.
"Jenazahnya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, bayi itu yang dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah pada 27 September lepas, masih belum didaftarkan nama.
Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
-- BERNAMA
#bayi #klinik #jenazah #meninggal dunia #tersedak susu #susu #Dzulkhairi Mukhtar #Hospital Sultanah Aminah #bapa angkat #tidak sedarkan diri #bedah siasat
;