Bayi 18 bulan parah ditikam bapa
Sinar Harian
Disember 12, 2020 07:01 MYT
Disember 12, 2020 07:01 MYT
SUBANG JAYA: Seorang bayi perempuan berusia 18 bulan parah akibat ditikam bapanya di sebuah rumah di Puchong Permai di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata kejadian pada jam 4 petang itu berlaku ketika suspek berusia 27 tahun bersama anaknya berada di rumah.
"Suspek dikatakan telah mengamuk secara tiba-tiba dan bertindak menikam perut anak perempuannya itu.
"Sepasukan polis yang menerima maklumat bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek dan merampas sebilah pisau pemotong roti yang disyaki digunakan untuk menikam mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Abd Khalid berkata, ujian saringan awal air kencing akan dilakukan ke atas suspek bagi memeriksa sama ada dia positif dadah atau sebaliknya.
"Mangsa di hantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.
#bayi parah
#ditikam bapa
#Puchong Permai
#Abd Khalid Othman
#mengamuk
#ujian saringan
#positif dadah
#pisau pemotong roti