Baybees & Todds bantu ukir senyuman 150 anak yatim di Selangor

Kenyataan Media
Mei 9, 2021 12:41 MYT
Di sebalik gelombang ketiga COVID-19 kini, Aidilfitri kali ini akan menjadi lebih indah bagi 150 anak yatim dari tiga rumah anak yatim di Selangor. -Foto BB&T
DI SEBALIK gelombang ketiga COVID-19 kini, Aidilfitri kali ini akan menjadi lebih indah bagi 150 anak yatim dari tiga rumah anak yatim di Selangor.
Ini adalah hasil lawatan beberapa “rakan prihatin” yang diketuai Zaim Izkandar Zaini, Ketua Pegawai Eksekutif Baybees & Todds Sdn Bhd (BB&T)
Menurut Zaim, "Inisiatif ini tercetus ketika anak perempuan saya, Amanda yang berusia 7 tahun, ingin tahu bagaimana anak-anak yatim menyambut Hari Raya tanpa ibu bapa.
"Anak saya menawarkan baju kurung kegemarannya dan topi pelindung muka untuk diberikan kepada anak-anak yatim agar mereka menjadi lebih bahagia menyambut Raya.
"Kenyataan Amanda memberi inspirasi kepada kami di BB&T untuk menyumbang beberapa koleksi fesyen kami dan topi pelindung muka untuk anak-anak yatim ini.
"Kami berharap inisiatif kecil kami akan mendorong masyarakat serta warga korporat lain untuk turut menyokong dan menyumbang ke rumah-rumah ini untuk meringankan bebanan kewangan mereka."
Zaim menambah bahawa melalui sumbangan yang diterima, BB&T juga menyumbangkan pelbagai bekalan makanan dan duit raya untuk kesemua anak yatim di ketiga-tiga rumah anak-anak yatim tersebut.
Pelbagai pemimpin korporat, ahli keluarga, dan rakan termasuk dari Australia dan Brunei yang mendengar inisiatif BB&T telah bergabung dan mengikuti inisiatif ini.
Rumah anak yatim yang terlibat adalah Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Kasih, Kota Damansara, Rumah Nur Sakinah, Subang Jaya dan Yayasan Kebajikan Perkhidmatan Perubatan Malaysia, Rawang.
BB&T yakin bahawa Pendidikan Awal Kanak-kanak (Early Childhood Education - ECE), penjagaan kanak-kanak dan persekitaran anak yang kondusif adalah aspek penting dalam pembesaran kanak-kanak yang yakin, cerdas, dan sempurna dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.
BB&T juga akan memperluas pengalaman ECE-nya ke panti asuhan ini sebagai sebahagian daripada inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Ramadan ini akan menjadi peluang terbaik untuk BB&T dan semua penyumbang menambah pahala dengan memberi sumbangan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.
BB&T adalah sebuah perniagaan tempatan, yang membangunkan produk dan perkhidmatan untuk bayi dan kanak-kanak.
Mereka juga merupakan anak syarikat bzBee Consult Sdn Bhd, sebuah Syarikat Komunikasi Pemasaran Bersepadu.
Hala tuju BB&T yang jelas adalah untuk menjadi pusat sehenti bagi meningkatkan pengetahuan, kemudahan, produk dan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak.
#anak yatim #BB&T #amanda #Zaim Izkandar Zaini #Baybees & Todds #ECE #ESG #bzBee Consult
;