Bayaran 'one-off' RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong bermula Khamis (2 Apr)
Bernama
April 1, 2020 21:15 MYT
April 1, 2020 21:15 MYT
Bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar akan dimasukkan ke dalam akaun yang berdaftar mulai Khamis (2 April).
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu berkata langkah untuk memasukkan ke dalam akaun adalah bagi memudahkan rakyat supaya tidak perlu keluar rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.
MOF berkata, semakan dan kemas kini maklumat akaun bagi kategori penerima yang berdaftar boleh dibuat melalui laman web Kementerian Kewangan iaitu www.treasury.gov.my/ mulai Khamis.
"Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban rakyat dalam menjalani kehidupan seharian yang mencabar disebabkan oleh penularan wabak COVID-19," katanya.
Menurut kementerian itu, bayaran tersebut dibuat atas keprihatinan kerajaan akan impak wabak COVID-19 terhadap semua golongan masyarakat khususnya industri yang berasaskan kepada industri pelancongan.
Katanya sejajar dengan hasrat tersebut, kerajaan telah mengumumkan bayaran bantuan one-off RM600 kepada pemandu teksi, pemandu pelancong, pemandu bas pelancong dan pengusaha beca.
-- BERNAMA
#akaun berdaftar
#bayaran
#COVID-19
#Kementerian Kewangan
#koronavirus
#one-off
#pemandu pelancong
#pemandu teksi
#perintah kawalan pergerakan
#PKP