Kaedah bayaran secara kontra antara langkah yang akan diambil kerajaan untuk mengembalikan semula baki kredit berjumlah RM16,046 bilion kepada pembayar cukai yang membuat lebihan bayaran sebelum ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, bayaran secara kontra itu boleh dilakukan secara berperingkat mulai tahun depan dan ia bukan perkara baharu, sebaliknya telah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.
"Katakanlah, macam tahun ni dia terlebih bayar, tahun depan dia nak kena bayar lagi, jadi berapa yang dia nak kena dan berapa yang terlebih bayar, benda itu dia boleh kontrakan begitu sahaja kita boleh kontrakan maknanya mereka tak perlu untuk bayar lagi lah sebab yang lebihan itu boleh kita kontrakan saja.
"Contoh lain apabila tahun hadapan buat taksiran dan kata dia terlebih bayar RM10,000 dan kena bayar taksiran tahun hadapan dalam RM11,000, so dia cuma kena top-up (tambah) RM1,000 sahaja," katanya kepada pemberita pada Program Anita Merdeka Ride Kembara Kemanusiaan bersama Parlimen Kubang Pasu di sini, hari ini.
Amiruddin berkata, kerajaan sentiasa mengambil perhatian masalah ini dan akan memastikan lebihan cukai itu dapat dikembalikan semula kepada pembayar cukai.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata, baki kredit yang belum dibayar balik oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah berjumlah RM16.046 bilion iaitu membabitkan sebanyak 1,653,786 kes melibatkan syarikat, individu, persatuan dan yayasan.
Baki tunggakan yang amat besar itu disebabkan oleh kekurangan penyaluran pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC).
Menurut Guan Eng, bayaran balik cukai hanya boleh dilakukan berdasarkan jumlah baki tabung itu dan berdasarkan rekod jabatan Akauntan Negara baki yang sedia ada dalam TBC pada 31 Mei lepas hanya berjumlah RM1.486 bilion.
Dalam pada itu, Amiruddin, yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu berkata, Hutan Lipur Bukit Wang akan dibangunkan semula untuk menjadi pusat pelancongan terkenal di Kedah selepas ia terjejas akibat kegiatan pembalakan tidak terkawal sebelum ini.
"Penduduk juga telah mengajukan masalah ini kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah untuk sama-sama membantu memulihkan semula kawasan peranginan itu kerana ia menjadi sumber pendapatan penduduk selama ini yang mencari rotan dan sumber air bersih kepada mereka.
"Kita juga akan wujudkan Perkampungan Budaya di sini untuk menghidupkan semula amalan budaya dan tradisi masyarakat Melayu di negeri ini yang kian pupus ditelan zaman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 25 2018
Datuk Amiruddin Hamzah (tiga, kanan) memasang bendera Jalur Gemilang pada sebuah motosikal berkuasa tinggi pada Program Anita Merdeka Ride Kembara Kemanusiaan bersama Parlimen Kubang Pasu di Kampung Padang Panjang di sini, hari ini. - Foto Bernama
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.