Bayaran elaun petugas pentaksiran, pemeriksa SPM 2021 mulai esok - Radzi
Bernama
Jun 8, 2022 21:21 MYT
Jun 8, 2022 21:21 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin mengarahkan elaun petugas pentaksiran dan pemeriksa bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dibayar mulai esok.
Radzi berkata beliau menerima makluman bahawa pembayaran elaun itu belum diterima oleh guru yang terlibat.
"Saya telah mengarahkan supaya Lembaga Peperiksaan meneliti perkara ini dan membuat bayaran kepada guru yang terlibat dengan segera.
"Kita usahakan agar bayaran berkenaan dibuat mulai esok," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
-- BERNAMA
#elaun petugas pentaksiran
#SPM 2021
#Menteri Kanan Pendidikan
#Radzi Jidin
#Sijil Pelajaran Malaysia
#guru