Bayaran balik peminjam PTPTN menurun kerana pelan'grace period' Najib - Nie Ching
Diyana Ibrahim
Oktober 24, 2018 14:29 MYT
Oktober 24, 2018 14:29 MYT
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching mengakui berlaku penurunan bayaran balik peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) namun ia bukan kerana langkah kerajaan Pakatan Harapan mengeluarkan senarai hitam nama peminjam daripada Jabatan Imigresen.
Teoh berkata, ia berlaku kerana pelaksanaan tempoh pemanjangan bayaran balik yang dibuat oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Kalau kita tengok memang akan berlaku penurunan kerana Datuk Seri Najib semasa pembentangan bajet lepas telah mengumumkan grace period (tempoh penangguhan) untuk bayaran balik peminjan.
“Grace period ini kalau dulu peminjam PTPTN selepas enam bulan tamat belajar mereka perlu bayar tapi tempoh itu dipanjangkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Terdahulu, timbalan perdana menteri itu berkata kutipan bayaran balik peminjam PTPN pada 2018 adalah sebanyak RM 817.56 juta berbanding RM1.324 bilion pada 2017.
#Dewan Rakyat
#Khairy Jamaluddin
#Najib Razak
#Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
#PTPTN
#Teo Nie Ching