Bau busuk membawa kepada penemuan mayat lelaki reput dan berulat
Muhafandi Muhamad
September 26, 2019 13:29 MYT
September 26, 2019 13:29 MYT
Mayat seorang warga emas lelaki ditemui dalam keadaan reput dan berulat di dalam sebuah rumah di Kampung Bukit Marak, Kota Bharu, malam tadi.
Mayat mangsa ditemui oleh seorang penduduk yang juga kenalan mangsa kira-kira jam 8.30 malam.
Warga emas terbabit dipercayai tinggal seorang diri di rumah tersebut dan kematiannya disedari selepas kenalannya terhidu bau busuk ketika berkunjung ke rumahnya malam tadi.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dan berulat di ruang tamu rumahnya.
Penduduk kampung berkata kali terakhir mereka melihat mangsa adalah dua minggu lalu.
Mangsa juga dikatakan mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2 untuk bedah siasat.