Bau busuk bawa kepada penemuan mayat wanita

Bernama
September 28, 2024 14:48 MYT
Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut (SDR) dan sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Kuala Kubu Bharu. -Gambar fail/PDRM
KUALA LUMPUR: Bau busuk dari sebuah rumah di Kg Sg Choh dekat Rawang di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang wanita warga asing yang dipercayai meninggal dunia sejak tiga hari lepas.

Ringkasan AI
  • Bau busuk dari sebuah rumah di Kg Sg Choh, Rawang membawa kepada penemuan mayat seorang wanita warga asing yang dipercayai meninggal dunia sejak tiga hari lepas.
  • Wanita tersebut dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi jantung, kanser, dan kencing manis.
  • Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut (SDR) dan sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Kuala Kubu Bharu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam, memaklumkan terdapat bau busuk dari rumah jiran mereka kira-kira pukul 1.05 tengah hari semalam.
Beliau berkata polis kemudian ke lokasi kejadian dan telah menemukan mayat wanita di dalam rumah itu, yang dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi jantung, kanser dan kencing manis.
"Mangsa yang berusia 48 tahun itu dipercayai tinggal berseorangan, setelah kematian suaminya lapan bulan lepas.
"Kita sedang menunggu laporan bedah siasatan dari pihak forensik Hospital Kuala Kubu Bharu dan polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai aduan bau busuk oleh orang awam dari sebuah rumah di Kg Sg Choh yang telah membawa kepada penemuan mayat wanita berkenaan.
-- BERNAMA
#Hulu Selangor #mayat reput #Kg Sg Choh Rawang #wanita warga asing
;