Batu Pahat, Larkin catat IPU tidak sihat pagi ini

Bernama
Oktober 12, 2023 10:15 MYT
Pemandangan ruang udara sekitar Larkin, Johor Bahru yang diliputi jerebu. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dua kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, dua kawasan berkenaan ialah Batu Pahat dengan bacaan IPU 155 dan Larkin 122.
Sementara itu, 48 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51-100), manakala 18 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
-- BERNAMA
#jerebu #IPU #tahap tidak sihat #APIMS
;