Batal penerbangan, penumpang Rayani Air luah perasaan marah di media sosial

T K Letchumy Tamboo
April 8, 2016 15:30 MYT
Para penumpang syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara, Rayani Air, hari ini, meluahkan perasaan marah mereka terhadap syarikat itu di media social kerana pembatalan beberapa penerbangan yang telah dijadualkan.
Para penumpang syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara, Rayani Air, hari ini meluahkan perasaan marah mereka terhadap syarikat itu di media sosial kerana pembatalan beberapa penerbangan yang telah dijadualkan.
Antara penerbangan yang dibatalkan ialah RN130 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, RN153 dan RN154 dari Kuala Lumpur ke Kuching, serta RN182 dari Kuala Lumpur ke Langkawi.
Seorang penumpang Ahmad Tarmidzi berkata beliau amat kecewa dengan satu pesanan mesej ringkas yang diterimanya dari Rayani Air yang menyebut penerbangannya dibatal kerana ‘mogok oleh juruterbang’.
Seorang lagi penumpang, Aina Redzuan bertanya ‘bagaimana hendak ‘terbang’ sekiranya penerbangan telah dibatalkan?’.
Ridhwan Nori pula berkata hasratnya untuk makan ‘Char Kuey Tiow’ di Kota Bharu tidak kesampaian kerana pembatalan itu.

Kesian dekat saya flight cancel petang la, dh la dah plan nk mkn char kuew tiaw ptg ni dekat kota bharu..hmmmm cc @rayaniair

— dUaNg (@RidhwanNori) 8 April 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Very disappointed with this. The worst ever @rayaniair pic.twitter.com/DKR0qknddX

— Ahmad Tarmidzi (@mzyahd) 8 April 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Students banyak duit kot. Tu yg cancel cancel flight bagai. Tak nak naik rayaniair dah #rayaniair

— Aina Redzuan(@EynaSegeh) 8 April 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rayani air. Beautiful from far but far from beautiful

— HIMI (@luqmanhakimii) 8 April 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran ketika dihubungi Astro AWANI melalui WhatsApp berhubung ‘mogok juruterbang itu’ hanya menjawab "tiada komen".
#Batal penerbangan #mogok juruterbang #Ravi Alagendrran #Rayani Air