Batal IMAMS: Semua pihak perlu ambil pengajaran - Johari

Dania Zainuddin
Disember 17, 2017 09:48 MYT
Isu pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang sudahpun dibatalkan perlu diambil pengajaran oleh semua pihak.
Isu pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang dibatalkan perlu diambil pengajaran oleh semua pihak agar perkara itu tidak berulang di masa depan.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, apa sahaja perkara yang melibatkan kepentingan rakyat perlu diberi perhatian agar golongan itu tidak tersinggung.
"Kita perlu ambil pengajaran daripada semua ini, kerana rakyat sekarang sangat sensitif.
"Walaupun kita lihat kos RM40, RM50 atau RM60 dilihat seperti jumlah yang kecil tetapi untuk orang awam, ia adalah jumlah yang besar.
"Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyokong keputusan pembatalan tersebut," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kelengkapan Persekolahan di bawah program 'Back To School' oleh Tenaga Nasional Berhad di sini, pada Ahad.
BACA: Pembatalan IMAMS bagi permohonan visa umrah langkah tepat - Najib
BACA: Isu IMAMS: Bagaimana individu yang tak pernah tunai umrah jadi CEO? - TPM Zahid
BACA: Batal IMAMS: Bukan sebab pegawai bukan Islam - Nazri Aziz
BACA: Isu IMAMS: 'Biarlah Tabung Haji yang uruskan' - PPIM
BACA: Demi Allah! Kementerian hanya buat untuk kebajikan jemaah - Mas Ermieyati
BACA: Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibatalkan
BACA: PAPUH bantah pelaksanaan IMAMS
#IMAMS #JOHARI ABDUL GHANI #Najib Razak #pembatalan #rakyat