Bas terbalik, 32 orang termasuk bayi cedera

Intan Zalila Baharudin
Jun 19, 2018 20:36 MYT
Bilangan mangsa yang mengalami kecederaan parah dan ringan tidak dapat dipastikan kerana ramai mangsa telah dihantar ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan. - Gambar JBPM
Sebuah bas ekspres membawa 32 orang penumpang termasuk seorang bayi dan dua pemandu terbabas lalu terbalik di KM 24 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Gerik, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, bas ekspres itu dalam perjalanan dari Terengganu ke Perlis telah terbabas.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata sebaik tiba di lokasi kemalangan ketika menuruni bukit dan selekoh, bas dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam longkang.
Pemandu bas tersebut mengalami cedera parah di bahagian kepala manakala 31 penumpang lagi turut mendapat cedera parah dan ringan.
Bagiamanapun, bilangan mangsa yang mengalami kecederaan parah dan ringan tidak dapat dipastikan kerana ramai mangsa telah dihantar ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan.
Beliau berkata, siasatan awal di lokasi mendapati bas tersebut menuruni bukit dari arah Jeli dan jalan berselekoh.
Terdapat juga garisan berkembar pembahagi jalan dan jalan merupakan dua laluan satu ke Jeli manakala satu lagi ke Gerik.
Ismail berkata kejadian tersebut disiasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.
Siasatan masih dijalankan.
#bas ekspres #bayi #cedera #gerik-jeli #Hospital Gerik #Ismail Che Isa #kemalangan #mangsa #Perlis #polis #terengganu
;