Bas terbakar di KM30 Jalan Serian - Sri Aman

Hilal Azmi
Januari 2, 2017 18:24 MYT
Hanya pemandu bas melecur tetapi pemandu kedua dan 26 penumpang selamat - Bomba / Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Seorang pemandu bas melecur di tangan dan telinga selepas bas yang dipandunya terbakar di KM30 Jalan Serian-Sri Aman, Sarawak.
Menurut pegawai penyiasat Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, Melvin Amuk, bas ekspres milik Syarikat MTC Express itu 80 peratus terbakar selepas pihakanya mendapat panggilan pada 2:57 petang Isnin.
"Bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuching - Sibu - Miri dipercayai membawa 26 orang penumpang. Bagaimanapun operasi pemadaman telah berjaya dilakukan awal oleh Pasukan Bomba Sukarela Balai Ringin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jelasnya, operasi pemadaman telah dilakukan oleh Pasukan Bomba Sukarela Balai Ringin yang tiba ke lokasi pada jam 3:30 petang setelah mendapat panggilan daripada orang awam.
"Hanya pemandu bas yang melecur di tangan dan telinga manakala pemandu kedua serta penumpang lain dilaporkan selamat," katanya.
#bomba #Melvin Amuk #Pasukan Bomba Sukarela Balai Ringin #Syarikat MTC Express
;