Bas Rapid Penang rempuh kediaman, 2 cedera

Astro Awani
Julai 12, 2015 02:19 MYT
Bas berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiang rumah tersebut.
Dua penumpang bas Rapid Penang cedera apabila bas yang mereka naiki hilang kawalan dan merempuh rumah kedai dua tingkat dalam satu kejadian kemalangan malam tadi.
Insiden dikatakan berlaku di jalan Masjid Kapitan Keling berhampiran Masjid Kapitan Keling sekitar 9.15 malam.
Bas berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiang rumah tersebut.
Ketika kejadian, ia membawa empat orang penumpang.
Pemandu bas turut mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.
#bas #Masjid Kapitan Keling #Rapid Penang