Bas persiaran hampir tenggelam dalam banjir

Astro Awani
Disember 15, 2019 19:10 MYT
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Foto ihsan pembaca/media sosial
Sebuah bas persiaran terkandas di Kilometer 18 Jalan Kota Tinggi, Mersing kira-kira jam 8 pagi tadi, susulan banjir yang berlaku di Kawasan tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superitenden Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian tersebut.
Bagaimanapun, menurutnya tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Menurut sumber orang awam, pemandu dan penumpang berkenaan didapati selamat namun jumlah penumpang yang berada di dalam bas itu masih belum dapat disahkan.
Bagi daerah Kota Tinggi, Jalan Mawai-Bukit Samsu, Jalan Mawai-Sedili, Selekoh Batu 18 Jalan Utama, Batu 17 dan Batu 18 hanya dibuka untuk kenderaan berat sahaja.
Manakala, jalan di Ladang Pasir Logo-Ladang Bukit Kelompok, Ladang Bukit Payong dan Jalan Kampung Mawai Lama ditutup sepenuhnya untuk kenderaan.
Jalan Perani Lok Heng kilometer 10 Kota Tinggi hanya dibuka untuk satu laluan sahaja.
Di daerah Mersing pula, Jalan Telok Arung hanya dibuka satu lorong untuk laluan kenderaan ringan sahaja berikutan tebing jalan terhakis akibat banjir.
#banjir johor #bas persiaran #Kota Tinggi #Mersing #Polis Daerah Kota Tinggi
;