Bas musnah terbakar di lebuh raya

Aida Aziz
Oktober 31, 2022 08:40 MYT
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dengan dibantu BBP Slim River bergegas ke lokasi kejadian. - Foto JBPM Perak
TANJUNG MALIM: Sebuah bas musnah terbakar sebanyak 80 peratus di kilometer (km) 388.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.18 malam.
Setelah itu katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dengan dibantu BBP Slim River bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian mendapati sebuah bas sedang terbakar dengan anggaran kemusnahan 80 peratus.
"Tiada mangsa yang terperangkap dalam kebakaran itu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ujar jurucakap itu lagi, anggota bomba menggunakan satu aliran air bantu mula dari pam jentera sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Ibrahim Mat Isa itu tamat pada jam 11.39 malam.
#bas terbakar #JBPM #PLUS #Ibrahim Mat Isa
;