Bas ekspres terbabas masuk cerun di Taiping, seorang maut dan lima cedera

Aida Aziz
Mac 22, 2019 22:13 MYT
Seorang maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan bas ekspres yang terbabas ke dalam cerun di Kilometer 228.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada Jumaat.
Seorang maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan bas ekspres yang terbabas ke dalam cerun di Kilometer 228.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada Jumaat.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Zakaria Abd Rahman, kemalangan itu membabitkan bas ekspres yang dinaiki penumpang warga asing dan sebuah kereta.
"Penumpang bas ada 21 orang termasuk pemandu, lima orang cedera dan seorang maut. Mangsa yang maut difahamkan adalah wanita warga Thailand," katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan dalam kejadian pada jam 6.57 petang itu, bas membawa pelancong warga Singapura dan Thailand itu melibatkan 18 penumpang, dua pemandu dan seorang pemandu pelancong.
Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Taiping bagi rawatan lanjut.
#Hospital Taiping #kemalangan #Lebuhraya Utara Selatan #pelancong warga Singapura #pemandu bas #pemandu pelancong #penumpang bas #PLUS #wanita warga thailand #Zakaria Abd Rahman
;