Bas bawa rombongan sekolah ke Langkawi terbabas, tiada kemalangan jiwa

Vivi Sumanti
September 20, 2019 11:45 MYT
Bas sewa khas itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di kiri jalan. - Foto PDRM
Keceriaan 42 murid dan guru Sekolah Kebangsaan Mentuan, Kubang Kerian, yang dalam perjalanan ke Langkawi, bertukar cemas apabila bas yang dinaiki terbabas ke dalam longkang malam tadi.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku jam 10 malam itu, di Kampung Bechah Laut, di sini.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Supt Suzaimi Mohamad berkata, bas sewa khas terbabit dalam perjalanan dari Kota Bharu ke pulau peranginan itu.
"Bas yang dinaiki murid dan guru berkenaan dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian dan terbabas ke dalam longkang di kiri jalan.
"Walau bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Ujarnya, semua mangsa meneruskan perjalanan selepas itu dengan menaiki bas lain.
#bas #bas sewa khas #guru #kemalangan #Kota Bharu #Langkawi #mangsa #polis #sekolah
;