Bas bawa pesakit COVID-19 rempuh plaza tol
Fareez Azman
Februari 27, 2021 16:58 MYT
Februari 27, 2021 16:58 MYT
KUALA LUMPUR: Sebuah bas membawa pesakit COVID-19 remuk di bahagian hadapannya selepas merempuh Plaza Tol UPM, Serdang pada petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof kejadian berlaku kira-kira jam 1.45 petang.
Bas terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Changkat Jong, Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PLRC) di Taman Eskpo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
Difahamkan enam penumpang termasuk pemandu mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke MAEPS untuk rawatan lanjut.
"Tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kejadian itu. Penumpang dan pemandu juga telah dibawa ke MAEPS untuk rawatan lanjut," katanya.
Ketika ini siasatan berkenaan kejadian masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan berlaku.