Bas asing jantina: 'Kad nikah diperlukan dalam situasi tertentu sahaja'

Madiha Abdullah
Disember 30, 2016 22:06 MYT
Tindakan mengasingkan penumpang lelaki dan wanita diambil sebagai langkah mencegah kejadian yang tidak diingini, seperti gangguan seksual.Foto/Facebook TransMalaya Ekspres
SELEPAS tersebarnya artikel berkenaan sebuah syarikat bas yang mengambil langkah mengasingkan penumpang mengikut jantina di sebuah akhbar harian, reaksi yang berbaur dapat dilihat di laman sosial.
Dapat dilihat netizen agak tidak sependapat dalam hal ini, apabila ada yang tidak setuju dengan cara itu, namun dalam masa yang sama, ramai juga yang memahami alasan pengusaha bas untuk mengambil langkah sedemikian.
Pengusaha syarikat bas TransMalaya Ekspres, dalam laporan akhbar Berita Harian dan portal Free Malaysia Today, menjelaskan tindakan mengasingkan penumpang lelaki dan wanita diambil sebagai langkah mencegah kejadian yang tidak diingini, seperti gangguan seksual.
Bagi bersetuju, mereka melihat langkah ini sebagai satu usaha ke arah kebaikan yang perlu disokong.

Terbaiklah transmalaya. U make us muslims proud of youpic.twitter.com/DKYhYCjT1l

— Finding (@Mhd_Amierull) December 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kalau bas duduk asing tu idea yang bodoh, maksudnya koc wanita untuk KTM pun adalah idea yang bodoh la kan?

— Gory Who? (@azraeimuhamad) December 30, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Aku lagi suka bas asing lelaki perempuan ni. Dulu-dulu seram kalau naik bas sorang-sorang doa-doalah bukan lelaki miang yang dok sebelah.

— Alina (@Alinaise) December 29, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bagusnya duduk asing dalam bas. Takdela aku insecure kalau tetiba sebelah seat aku lelaki. Kekadang tak tidur sebab aku takut /p>— Ezasuhaili (@nurezasuhaili) December 28, 2016

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun bagi sebahagian yang lain, mereka menganggap ada isu lain yang lebih perlu diberi perhatian, seperti isu keselamatan.
Dalam status yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi mereka, TransMalaya menjelaskan sijil atau kad nikah hanya akan diminta dalam situasi tertentu sahaja.
"Isu kad nikah dipersoalkan seandainya dirasakan perlu sahaja dan setakat ini masih belum pernah diminta oleh mana-mana kerani kaunter kepada pelanggan kami.
"Rata-rata penumpang kami dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS merasa selesa dengan sistem pengasingan ini dan ianya disambut baik oleh pelanggan wanita mahupun lelaki," kenyataan itu menyebut.
TransMalaya mempunyai pejabat yang beroperasi di buah bandar di Pahang; Jerantut, Temerloh dan Kuantan.
#asing jantina #bas #TransMalaya Ekspres
;