Baru Bian mohon maaf, tiada niat keluar kenyataan bernada angkuh

Astro Awani
Oktober 20, 2018 06:00 MYT
Baru memohon maaf dan menegaskan beliau tiada niat mengeluarkan kenyataan bernada angkuh.
Menteri Kerja Raya, Baru Bian, memohon maaf susulan kata-kata yang diucapkan beliau berhubung pemansuhan tol di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas), Baru berkata, "terpulang kepada rakyat untuk terus bermimpi".
Namun dalam kemas kini di akaun Twitter, Baru memohon maaf dan menegaskan beliau tiada niat mengeluarkan kenyataan bernada angkuh.

I am aware my statement in Parliament yesterday has made headlines and deemed arrogant. Thousand apologies if perceived as such. No intention. It was my wrong used of words 'terpulang'. I meant 'Rakyat berhak mengharap toll dihapuskan tetapi keadaan kewangan tidak mengizinkan..' pic.twitter.com/EEdeMx7sBQ

— Baru Bian (@baru_bian) October 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya sedar kenyataan itu menjadi topik perbualan dan kedengaran angkuh. Saya mohon maaf jika ada yang beranggapan sedemikian. Saya tiada niat sebegitu.
"Satu kesilapan menggunakan perkataan terpulang. Apa yang saya maksudkan ialah rakyat berhak mengharap tol dihapuskan, tetapi keadaan kewangan tidak mengizinkan," tulisnya.
Laporan Astro AWANI semalam menyebut Baru berkata terpulang kepada rakyat untuk bermimpi melihat negara ini memiliki lebuh raya tanpa tol, namun janji untuk memansuhkan tol memang sukar.
#Astro Awani #Baru Bian #Dewan Rakyat #Kenyataan #kewangan #laporan #mansuh tol #Menteri Kerja Raya #rakyat #tol #Twitter