Barisan Nasional menang PRK DUN Nenggiri
Astro Awani
Ogos 17, 2024 21:41 MYT
Ogos 17, 2024 21:41 MYT
GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK), pada Sabtu.
Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti 3,352 undi dengan memperolehi 9,091 undi.
Sementara itu, pencabar Mohd Azmawi, Mohd Rizwadi Ismail yang mewakili Pas, mendapat 5,739 undi.
Kemenangan itu membolehkan BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan merampas kembali DUN Nenggiri yang sebelum ini di bawah Bersatu, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.
PRK DUN Nenggiri membabitkan seramai 20,259 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN dan calon Perikatan Nasional (PN).