Bapa tiri ubah pengakuan tidak bersalah liwat dua anak

Astro Awani
Ogos 3, 2017 11:52 MYT
Tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii tanpa kerelaan dan kebenaran mangsa yang berusia 11 tahun. - Foto Astro AWANI
Seorang bapa tiri yang sebelum ini mengaku meliwat dua anak tirinya berusia 7 dan 11 tahun dengan lima pertuduhan, menukar pengakuan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Tertuduh yang bekerja sebagai penjaga kolam udang itu mengaku tidak bersalah di hadapan hakim, Kamarudin Kamsun.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu diantara April 2016 hingga 12 Julai 2017 di empat lokasi berbeza di sekitar Mersing Johor.
Antaranya tertuduh, 24, didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii tanpa kerelaan dan kebenaran mangsa yang berusia 11 tahun.
Tertuduh turut didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap mangsa berlainan yang berusia 7 tahun.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin dengan nilai RM50,000 dengan seorang penjamin.
Hakim turut menetapkan syarat tertuduh tidak boleh berhubung dengan mangsa serta perlu melaporkan diri di balai polis sebulan sekali.
#bapa tiri #liwat #mahkamah #Mahkamah Sesyen #mangsa #tabii
;