Bapa tiri disyaki dera budak lima tahun direman

Astro Awani
Jun 30, 2017 04:07 MYT
Muhammad Hairil Amsyar meninggal dunia dipercayai didera. - Gambar fail
Bapa tiri kepada kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang meninggal dunia dipercayai didera di Felda Tenang, Hulu Besut, direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah di Mahkamah Majistret Besut.
Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan selepas disyaki mendera anak tirinya, Muhammad Hairil Amsyar Abd Rahman hingga menyebabkan kematian.
Suspek sebelum ini mendakwa anak tirinya itu cedera akibat terjatuh dari motosikal.
BACA: "Saya tak sedap hati tengok anak tidak bergerak" - Ibu mangsa dera
#bapa tiri #Besut #dera kanak-kanak #Felda #reman