Bapa saudara mengaku tidak bersalah liwat kanak-kanak 6 tahun
Adie Sufian Zulkefli
Oktober 6, 2020 13:47 MYT
Oktober 6, 2020 13:47 MYT
KULIM: Seorang bapa saudara dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kulim hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak saudara lelakinya yang berusia 6 tahun sejak Ogos lalu.
Tertuduh yang berusia 62 tahun, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Berdasarkan pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal pada bahagian alat sulit mangsa.
Perbuatan itu dilakukan di rumahnya kira kira jam 3 petang pada pertengahan Ogos 2020.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan perbuatan seumpamanya pada mangsa pada jam 4 petang pada pada pertengahan Ogos 2020 di alamat yang sama.
Tertuduh yang berkerja sebagai pemandu teksi didakwa mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 bagi kedua-dua kesalahan terbabit.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan serta hendaklah diperintahkan untuk menjalani pengawasan polis selama tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii tanpa kerelaan.
Terdahulu, Hakim, Musyiri Peet membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 bersama seorang penjamin dengan syarat perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan.
Mahkamah turut perintahkan jaminan tertuduh akan ditarik serta merta sekiranya didapati mengganggu mangsa.
Mahkamah menetapkan 23 November depan untuk sebutan semula kes.
#bapa saudara
#mahkamah
#Kulim
#amang seksual
#mengaku tidak bersalah
#Pertuduhan
#jari
#dubur
#mangsa
#Taman Senangin
#pemandu teksi