Bapa Rukun Negara, Agoes Salim tiada lagi

Astro Awani
Mac 15, 2024 17:49 MYT
Agoes, yang bakal mencecah usia 90 tahun pada April, terkenal dengan sumbangan beliau dalam penggubalan doktrin utama negara termasuk Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pakar ekonomi dan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara yang pertama di Malaysia, Agoes Salim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri, akibat usia tua. hari ini.
Agoes, yang bakal mencecah usia 90 tahun pada April, terkenal dengan sumbangan beliau dalam penggubalan doktrin utama negara termasuk Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dari tahun 1970 hingga 1990.
Allahyarham turut disegani sebagai figura penting dalam proses pembangunan ekonomi Malaysia.
Anak Agoes, Omar Salim berkata, solat jenazah diadakan selepas solat Jumaat di masjid Jamilul Huda, Ampang sebelum jenazahnya dibawa ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.
"Beliau yang merupakan Bapa Rukun Negara banyak menyumbang kepada negara semasa zaman Tun Abdul Razak Hussein (Perdana Menteri Malaysia kedua)," katanya, memetik laporan portal Sinar Harian.
Allahyarham juga merupakan bekas pengerusi Bank Pertanian selepas beliau memulakan karier di institusi perbankan itu mulai 1 Okotber 1971.
#Agoes Salim #Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara #Rukun Negara #Dasar Ekonomi Baru
;