Bapa rayu bantu cari anak hilang ketika sertai kelas tuisyen
Bernama
Disember 24, 2015 22:10 MYT
Disember 24, 2015 22:10 MYT
Seorang penyelia asrama sekolah merayu orang ramai supaya membantu mencari anak perempuannya yang hilang ketika menyertai kelas tuisyen di Jerteh pada petang semalam.
Remaja itu ialah Wan Wardah Balqist Wan Azmi, 14, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah agama di Jerteh.
Wan Azmi Mohamad berkata anaknya dihantar oleh abangnya untuk menyertai kelas tuisyen di sebuah pusat tuisyen di bandar Jerteh, namun dia tidak ada semasa abangnya datang semula untuk mengambilnya pulang.
Beliau berkata anaknya itu turut mempunyai penyakit tulang reput dan telah tujuh kali menjalani pembedahan.