Bapa menghilang, siapa kenal waris Nur Safina dan Mohd Ikram?

Astro Awani
Julai 11, 2019 07:20 MYT
Ketika ini, dua beradik itu diperintahkan diletakkan sementara dibawah jagaan sementara orang layak sesuai oleh Mahkamah Majistret Kangar pada 15 Mei lalu. - Foto JKM Perlis
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis meminta orang ramai untuk membantu mencari waris dua beradik masing-masing berusia empat dan tiga tahun.
JKM dalam satu kenyataan berkata, Nur Safina Mohd Irffan dan Mohd Ikram Mohd Irffan sebelum ini dilaporkan diserahkan oleh bapa kandung mereka kepada seorang rakannya untuk dijaga.
Sejak diserahkan 1 Mei lalu, bapa mereka, Mohd Irffan Mohd Sukeri menghilangkan diri dan gagal dihubungi.
Difahamkan ibu kepada adik beradik itu meninggal dunia.
Ketika ini, dua beradik itu diperintahkan diletakkan sementara dibawah jagaan sementara orang layak sesuai oleh Mahkamah Majistret Kangar pada 15 Mei lalu, sehingga siasatan selesai.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai waris dua beradik berkenaan, diminta menghubungi pelindung JKM Perlis, Nor Azura Budin di talian 04-9731970/1967 dengan segera.
#bapa hilang #jkm #mahkamah #Mahkamah Majistret #meninggal dunia #Mohd Ikram Mohd Irffan #Mohd Irffan Mohd Sukeri #Nur Safina Mohd Irffan #Perlis #siasatan
;