'Bapa Lockdown Malaysia' punca kehancuran kewangan, kehidupan rakyat - Najib

Harits Asyraf Hasnan
November 1, 2021 15:37 MYT
Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak membahaskan mengenai Bajet 2022 pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: 'Bapa Lockdown Malaysia' didakwa menjadi punca kepada kehancuran ekonomi dan kehidupan rakyat ketika ini.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat dakwaan tersebut turut mengaitkan bahawa sekatan pergerakan (lockdown) di negara ini adalah antara terpanjang di dunia selain dilakukan 'separuh masak'.
"Lockdown separuh masak yang antara paling panjang dalam dunia, yang dilaksanakan oleh 'Bapa Lockdown Malaysia' dari kerajaan dahulu telah menghancurkan kewangan dan kehidupan ramai," dakwa Najib di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
"Tetapi kadar jangkitan serta kematian COVID-19 berbanding saiz penduduk adalah tertinggi di ASEAN dan antara tertinggi di dunia bagi tahun ini," tambahnya.
Dewan Rakyat | 'Bapa Lockdown Malaysia' punca kehancuran kewangan
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan siapa individu yang beliau gelarkan sebagai 'Bapa Lockdown Malaysia' itu.
Najib berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 mewakili Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).
Jelasnya, biarpun ada yang mengaku telah berbelanja RM600 bilion dalam setahun setengah, namun ia kurang memberi manfaat yang secukupnya kepada kehidupan rakyat.
Justeru katanya, itu menjadi sebab kenapa kewangan kerajaan Malaysia berada pada keadaan yang kritikal pada ketika ini.

"Di Malaysia, 'lockdown' separuh masak antara paling panjang tempohnya dalam dunia yang dilaksanakan oleh bapa 'lockdown' Malaysia telah hancurkan kewangan dan kehidupan ramai, " kata MP Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.#AWANInews#SisiTVParlimen#DewanRakyat pic.twitter.com/OEM9yNUmf7

— Astro AWANI (@501Awani) November 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Najib Razak #Bapa Lockdown Malaysia #bajet 2022 #COVID-19
;