Seorang lelaki tenggelam dibawa arus ketika menjala ikan di Sungai Perak di Kampung Ekor Lambat di sini, tengah hari tadi.
Kejadian yang berlaku kira- kira jam 12.30 tengahari itu, menyebabkan mangsa Mohd Ikhwan Mohd Nizam, 22 tahun, dikhuatiri lemas dan belum ditemui sehingga lewat petang tadi.
Mangsa anak sulung daripada tiga beradik bekerja di sebuah kilang di Ipoh dan balik bercuti menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung bersama ahli keluarganya.
Sebelum kejadian mangsa dikatakan turun memancing bersama bapanya, Mohd Nizam Abdullah, 50-an dan dua saudaranya berusia 21 dan 19 tahun kira-kira jam 9 pagi.
Menurut saksi kejadian, Muhammad Arif Fathi Zulkifli, 21 tahun, mereka terdengar jeritan mangsa yang meminta tolong selepas membantu meleraikan jala bapanya yang tersangkut di dalam sungai.
"Dia bantu ayahnya selepas jala tersangkut dan kemudian berenang kembali ke arah kami selepas berjaya meleraikan jala yang tersangkut itu.
"Tetapi tiba-tiba kami nampak dia seperti tergelincir mungkin terpijak selut dan terus badannya tertolak ke belakang sebelum menjerit meminta tolong," katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian.
Arif Fathi turut menceritakan selepas mendengar jeritan mangsa, bapa mangsa terus menghidupkan enjin bot dan menuju ke arahnya bagi menyelamatkan anaknya.
"Tetapi tak sempat kerana apabila ayahnya sampai dan nak terjun dia sudah tenggelam kami hanya nampak tangannya sebelum tenggelam perlahan-lahan,
"Kemudian kami mendengar bapanya menjerit memanggil namanya yang lenyap dari pandangan kami semua ketika itu.
"Saya dan Ali Ridha Al Baqir Mohd Atoullah, 19 tahun, tidak mampu berbuat apa-apa. Kami terkilan tidak dapat menyelamatkannya meskipun di depan mata," katanya.
Tambahnya ketika kejadian air sungai berkenaan juga laju dan mereka sudah mahu pulang selepas selesai menjala dan memancing ikan.
"Tetapi kami tak sangka ia berakhir dalam kesedihan dan kami melihat sendiri Ikhwan terkapai-kapai dan hilang di dalam sungai tersebut," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Mohamad Yunus Abu berkata, 15 anggota digerakkan bagi meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.33 tengahari.
"Kita menurunkan dua bot termasuk milik Rela bagi menjalankan kerja-kerja mencari di permukaan air di mana mangsa dikatakan kali terakhir dilihat.
"Kita juga turut menerima bantuan penduduk kampung berhampiran yang bersama-sama mencari mangsa," katanya.
Tambahnya, gerakan mencari diteruskan dengan mendapatkan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuala Kangsar di mana tumpuan pencarian adalah di kawasan sekitar sehingga ditemui.
"Pencarian diteruskan melibatkan kawasan sejauh satu kilometer di kedalaman empat meter.
"Operasi diteruskan sehingga mangsa ditemui semula dan kita akan mendapatkan bantuan unit anjing pengesan (K9) Bomba," katanya.
Sinar Harian
Sun Jun 17 2018
Kejadian yang berlaku kira- kira jam 12.30 tengahari itu, menyebabkan mangsa Mohd Ikhwan Mohd Nizam, 22 tahun, dikhuatiri lemas dan belum ditemui sehingga lewat petang tadi. - Foto Sinar Harian
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.