Bapa lemas ketika cuba selamatkan anak di Pantai Miami

Astro Awani
Ogos 31, 2023 22:00 MYT
Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Bagan Jermal bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian. - JBPM
GEORGE TOWN: Percutian sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 bertukar tragedi apabila seorang lelaki lemas di Pantai Miami, Batu Ferringhi, Pulau Pinang petang Khamis.
Mangsa, Haryadi Salleh, 43 tahun, dikatakan cuba menyelamatkan anaknya daripada dibawa arus ketika sedang mandi-manda di lokasi rekreasi pantai popular itu.
Pegawai Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, PBKII, Ahmad Rezki Faris Ismail berkata, Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Bagan Jermal bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.28 petang.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati seorang lelaki telah lemas di pantai namun cuba diselamatkan dengan diberikan rawatan awal oleh seorang doktor yang ketika itu sedang bercuti dan kebetulan berada di situ.
"Mangsa yang tidak sedarkan diri telah diberi rawatan awal dibantu anggota Pertahanan Awam (APM) dan JBPM. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala anaknya terselamat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
#lemas #pantai miami #bapa selamatkan anak #JBPM
;