Bapa Larry Sng diisytihar muflis

Astro Awani
April 17, 2021 08:51 MYT
Sng Chee Hua (gambar) dikemukakan saman muflis oleh adiknya sendiri, Sng Chee Kian, bulan lepas. -Facebook Philip Hii
KUALA LUMPUR: Bapa kepada Ahli Parlimen Julau, Larry Sng diisytihar muflis susulan perbalahan dalam keluarga.
Menurut laporan muflis Jabatan Insolvensi, Datuk Sng Chee Hua dikemukakan saman muflis oleh adiknya sendiri, Sng Chee Kian, bulan lepas.
Bekas ahli politik itu kemudian diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 23 Mac lepas.
Ketika dihubungi, Larry berkata beliau ketika ini memilih untuk tidak terlibat dalam isu ini, memetik laporan The Star.
Sng Chee Hua pernah memegang jawatan sebagai ADUN Pelagus dari tahun 1991 hingga 2001.
Beliau turut menjadi Ahli Parlimen Julau dari tahun 1995 hingga 1999.
Selain itu beliau pernah memegang jawatan penting dalam beberapa parti politik, termasuk naib presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan timbalan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Beliau dilantik sebagai ketua bahagian PKR Sarikei pada November 2018 selepas memenangi pemilihan parti.
Larry pula umum meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak serta keluar parti pada Februari lepas.
#Larry Sng #Sng Chee Hua #muflis #perbalahan keluarga #Sng Chee Kian #Mahkamah Tinggi #perbalahan dalam keluarga #Jabatan Insolvensi #Ahli Parlimen Julau
;