Bapa Ketua Pengarang Kumpulan Astro AWANI meninggal dunia

Haider Yutim
Ogos 16, 2014 05:24 MYT
Sulaiman Maatan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Serdang.
Bapa kepada Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarang Kumpulan Astro AWANI meninggal dunia kira-kira jam 10:00 pagi tadi.
Allahyarham Haji Sulaiman Maatan, 81 tahun, menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang selepas menerima rawatan di situ sejak Rabu.
Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat demam denggi dan komplikasi jantung.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid UPM Serdang untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan UPM Serdang selepas Zohor.
Allahyarham pernah menuntut di Kolej Latihan Sultan Idris (SITC) Tanjung Malim sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Universitas Nasional, Indonesia.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang guru, guru besar dan seterusnya sebagai Timbalan Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum mencebur diri dalam bidang korporat.
Allahyarham Sulaiman meninggalkan seorang isteri, Fatimah Saadom dan empat orang anak lelaki.
#bapa #Ketua Pengarang #Suhaimi Sulaiman #sulaiman maatan