Bapa kelar leher anak sendiri

Hakim Rahman
Mei 22, 2016 18:39 MYT
Suspek berusia 29 tahun kemudiannya dan terus mengambil anaknya dan mengunci pintu menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke dalam rumah.
Seorang bapa bertindak di luar kawalan dengan mengelar leher anak perempuannya yang berusia tiga tahun, di Kampung Tengah, di sini pada Sabtu.
Kejadian kira-kira 5.30 petang berlaku sebaik mereka sekeluarga baru pulang ke rumah.
Suspek berusia 29 tahun terus mengambil anaknya dan mengunci pintu menyebabkan isteri serta ibu saudaranya tidak dapat masuk ke dalam rumah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, isteri dan ibu saudaranya cuba memecahkan pintu setelah mendengar jeritan anaknya namun gagal sebelum suspek membuka pintu dalam keadaan dirinya turut cedera di dada dipercayai cuba membunuh diri.
"Isteri suspek kemudian mengambil anaknya dan membawanya ke Hospital Kangar, meninggalkan suspek yang berlumuran darah seorang diri,
"Siasatan awal mendapati suspek mengalami kemurungan sejak seminggu lalu dan tidak cukup makan," katanya dalam kenyataan.
Tambahnya isteri suspek turut mengakui suspek yang bekerja sebagai mekanik pernah mengambil dadah jenis metaphatamine sebelum ini dan pernah mendapatkan rawatan mental di Hospital Kangar.
Hasil sisatan juga pihaknya menemui sebilah pisau yang dipercayai senjata digunakan di dalam bilik tidur dipercayai tempat kejadian mangsa dicederakan.
Kedua-dua mereka kini menerima rawatan di hospital kangar dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan 309 Kanun Keseksaan.
#Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah #mengelar leher anak
;